assalamualaikum..
actually dua hari lepas..aku terbaca satu blog ni...yang buat aku rasa kagum...sebelum ni aku cuma kenal sorang je membe aku yang memang jenis lantang bersuara..yang punya semangat tinggi..senang kata..pada aku dia ni memang boleh jadi wakil rakyat...but dua hari lepas aku jumpa seorang lagi..
ini dia pemuda harapan.. sama..cuma bezanya...kawan aku tu lebih kepada haluan kanan...dan hamba allah sorang ni mungkin lebih pada haluan kiri..
tapi pada aku la..ini pandangan cetek aku...siapa pun pemimpin kita...yang penting Islam,mengamalkan cara hidup Islam dan lelaki....keduanya...aku tak kesah haluan mana pun mereka..kerana apa yang kita perlu sekarang ialah diri orang tu...sorang pemimpin yang seperti Umar Abdul Aziz...kerana yang membuat seorang pemimpin itu disanjung,dihormati rakyat dan paling penting dipeduli oleh Allah pada hari kiamat nanti ialah yang amanah...yang mempedulikan tentang keperluan,kesusahan dan penderitaan rakyat..kerana itu sebenarnya tugas pemimpin..
sebagaimana Rasulullah pernah bersabda :
"Sesiapa yang diserahkan ALLAH akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kaum muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka,kesusahan dan penderitaan mereka, nescaya ALLAH tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya pada hari kiamat nanti. "
-Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi-
~kata tersurat~