<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4412363981779316687?origin\x3dhttp://ismiezai07.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
Welcome to url.blogspot.com
Jul 25, 2011Y
Quran,Alam dan Kimia...

Semalam aku memulakan kembali tadabbur Al-Quran...alhamdulillah...sebelum ni aku hanya baca dalam arab dan maksudnya pun sekali lalu je baca...tapi niat aku mulai semalam aku nak mula menggali isi Al-Quran..dan rupanya baru aku tau bukan mudah nak mentafsir Al-Quran ni..bukan main ambil je ayat tu kemudian bagi makna selepas tu da boleh ambil wat dalil...berpandukan Tafsir Mahmud Yunus oleh Prof Dr Hj Mahmud Yunus baru aku tau untuk mentafsir Al Quran ni ada lebih kurang 7sumber...kalau nak tau korang cari la tafsir ni...

semalam aku baru berkesempatan baca tentang kesimpulan isi Al-Quran..dan aku berminat untuk berkongsi kat sini sebabnya aku yang da 2dekad hidup ni pun sebenarnya boleh tercengang-cengang juga kalau ada yang bertanya isi Al-Quran itu apa sebenarnya..Intipati Al-Quran ni meliputi soal keimanan,hukum-hukum,petunjuk atau pengajaran, akhlak,ekonomi dan ilmu pengetahuan...

kalau teman-teman semua tahu maksud Al-fatihah yang dinamakan ummul kitab sendiri sebenarnya telah tersimpul semua isi Alquran yang berkaitan tauhid,janji kebahagiaan dunia dan akhirat,amal ibadat,tentang jln lurus dan sebagainya...

dan ada satu yang aku tertarik untuk dikongsi bersama memandangkan jurusan aku belajar berkaitan dengan kimia...yang kadang-kadang aku pun masih samar-samar tentang ilmu ini...aku harap apa yang dikongsi ini mampu menyedarkan diri sendiri sebenarnya yang banyak lagi perlu aku timba ilmu...dan Maha Besar ilmu yang Allah kuasai...

Mungkin ada yang bertanya..."kenapa perlu belajar pasal alam pasal kimia ni semua?? susah la.."
Maka ini adalah dalil yang menganjurkan kita semua untuk menuntut ilmu ini :


هو الذی خلق لکم ما فی الارض جمیعا ثم استوی الی السماء ‏فسوهن سبع سموت و هو بکل شیء علیم
Dia-lah yang menciptakan segala yang ada di bumi untuk kalian, kemudian ia ‎berkehendak pula menciptakan langit, maka Dia menjadikannya tujuh lapis. ‎Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Albaqarah : 29)

dan lagi kemudia kita pula tertanya-tanya..zaman sekolah dulu bila belajar sains..kita belajar tentang kitaran hujan...dan untuk aku waktu tu aku tertanya-tanya macam mana la cikgu aku ni boleh tau..terer btl cikgu...rupan-rupanya terdapat banyak ayatul Quran yang berhubung dengan ilmu alam dan kimia ni...antaranya :


It is He who sends forth winds bearing good tidings before His mercy till they have carried heavy clouds, We drive it towards any dead land, then send down water therewith. Then caused to grow varied fruits there with. Thus shall We bring forth the dead, haply you may accept admonition. (Al- A'raf : 57)

kemudian ada jugak antara kita yang terfikir macam mana ada orang boleh terfikir nak buat pedang, nak buat pagar besi,kereta dan sebagainya...rupa-rupanya Allah lebih dulu dah berfirman tentang ilmu ni :




And undoubtedly, We gave to Daud a great grace from Us. O mountains! Turn towards Allah with him and O birds! and We made the iron soft for him. (Saba' :10)

kemudian...sekarang ni semua orang pentingkan pemakanan...nak makanan yang sihat lah yang cukup nutrient la...tapi dari mana sebenarnya pengetahuan tentang semua tu...maka ini pula dalilnya :


And We have stretched the earth and put therein anchors, and caused to grow therein everything proportionately.
 (Al-Hijr : 19)

dan hal ni telah diselidiki oleh ahli ilmu Kimia..lalu mereka mendapati bagaimana susunan zat tumbuh-tumbuhan itu seperti beras yang mengandungi 22air,8azote,78 zat tepung,1 minyak dan 1 garam...

begitulah Maha  Kuasa Allah dan begitu tingginya pengetahuanNYA....subhanallah...

sememangnya bila aku mula nak baca maksud Al-quran ni membuatkan aku lebih memahami apa yang aku baca selama ni dan akhirnya menyedarkan aku akan kekuasaan Allah...

ini sekadar perkongsian yang aku dapat ilmunya hasil pembacaan aku daripada Tafsir Mahmud Yunus...andai kata ada cacat celanya...harap diampunkan...kerana aku masih lagi dalam belajar...

 ~kata tersurat~

ends at 5:37:00 PM