bila suatu hari itu yang datang adalah harapan
jangan pernah kau kata pergi
lalu bila suatu hari itu yang datang adalah kegagalan
jangan pernah kau kata mati
dan bila suatu hari itu yang datang adalah kejayaan
jangan pernah kau kata aku layak
kerana hakikat tersurat kau masih belum layak
andai yang kau taruhkan adalah dunia materi
andai yang kau gadaikan adalah nafsu nafsi
sudahlah cela jadi madah harian
sudahlah nista jadi makan tambahan
yang dengar itu bukan pekak
yang dengar itu ada otak
bukan macam kau yang otaknya besar tapi bodohnya tegar
enak lidah melempias sial
sedang tahi pada badan sendiri langsung kau kata pewangi
sedarlah orang
kau atas tanah ni atas pinjaman
kau atas tanah ni cuma menumpang
kau atas tanah ni cuma HAMBA
~kata tersurat~