memandang pada hari semalam
beri alasan jiwa membenar rasa
akan pahit ditinggal pergi
melepas kasih yang terbuku
tertanam di tanah gersang kalinya
bila apa yang dimadah bukan lagi aliran akal
bila apa yang dimadah bukan lagi aliran hati
bila apa yang dimadah bukan lagi aliran badan
tak mengapa aku rela
kerana aku takkan mati tanpa kasihmu
kerana aku takkan bangang tanpa sayangmu
kerana aku takkan luluh tanpa cintamu
ITU CERITA SEMALAM
melihat pada hari ini
beri alasan jiwa membenar rasa
akan indah ditinggal pergi
kerana terpasak satu hikmah
yang kalau bisa aku laung
INI NIKMAT TUHAN
permulaan hari hari sipi dirasa rasuk
tapi kerana aku tidak mati
akal mendidik hati
agar tidak pernah lupa
pada sang penganugerah
bukan ingin mendabik dada
bukan ingin melangut muka
tapi INI JUGA AMARAN TUHAN
yang kalau hamba itu lupa pada tuannya
binasanya cuma hamba bukan tuan
lalu dahi kembali sujud
akal kubuka agar lebih luas melihat dunia
supaya apa yang dimadah ikut aliran agama
supaya apa yang dilaku ikut aliran fitrah
supaya apa yang diniat ikut aliran sukma
agar selari akal dan hati
agar selari bicara dan tingkah
agar selari iman dan amal
INI CERITA HARI INI
syukran atas ujianMU ALLAH
syukran kerana mengingatkan aku kembali
diri dalam perjalanan pulang
moga tak tersesat di hutan kapitalis antagonis dunia
~kata tersurat~