<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4412363981779316687?origin\x3dhttp://ismiezai07.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
Welcome to url.blogspot.com
Jul 20, 2011Y
Alpanya kita..

sebagaimana orang boleh berkata secara terbuka tentang diri aku...tapi maaf kawan..bukan aku untuk memalukan orang yang aku anggap kawan...xpe lah kata la apa pun tentang aku...mungkin kesilapan kau dalam menafsir bahasa aku yang banyak simpang siur ni...ye lahh..tak semua org mudah untuk faham apa yang aku maksudkan...aku terima..katalah apa pun fikirlah apa pun yang menyedapkan hati kamu..asal kamu bahagia...

tiada salah memberi janji asal reti untuk tepati...tiada salah memberi pasti asal reti untuk jadi... ni status aku kt fb arini...akhir2 ni...aku jadi orang yang paranoid..yang terlalu takut untuk menerima janji dari jasad bernama manusia...kenapa ya?  dalam erti kata perubatan => TRAUMA...but adakah aku trauma? trauma pada janji? macam pelik je bunyi kan...kalau trauma pada gelap tu aku akui la.. 

tapi mengapa sebenarnya...sesuatu yang dinamakan ikatan JANJI ni penting sangat pada kehidupan manusia? kerana ini dinamakan AMANAH...sedang dalam islam sendiri mengatakan...orang yang tak tepati janji merupakan salah satu ciri orang munafik..

kehidupan manusia tak pernah lari dari memerlukan sesama manusia...terutama pada orang yang dekat dengan kita...KELUARGA,SUAMI,SAHABAT dan lain2...dan apabila memerlukan mereka itu,ikatan janji jadi taruhan...untuk mengikat tali perkahwinan juga dimulai dengan ikatan janji iaitu PERTUNANGAN...sbb tu lahh zaman sekarang ni mana-mana pasangan yang tak jadi kahwin je...confirm2...esok lusa naik mahkamah mintak saman malu...kalau minta saman duit sedikit2 tak pe jugak..ni mesti lebih la dari duit hantaran...SEBAB???  pada manusia janji itu ibarat maruah yang dibawa...ibarat baju la kan...kalau tak tepati tu...macam ditelanjangkan..MALU....kalau janji tak ditepati timbul plak satu lagi istilah TIPU...terasa diri ditipu...sampai boleh bawa jadi kes gaduh kes bunuh...ni lah sifat manusia...

TAPI berapa ramai diantara kita hari ni..yang sedar bahawa nafas yang dipinjam tuhan pada kita hari ini sebenarnya bermula atas satu janji????  ramai yang tak ingat dan mungkin juga ada yang tak tahu...termasuk lah...empunya tangan yang menaip ni...kadang-kadang terlupa,leka dan bongkak...bahawa hidup di dunia atas pinjaman tuhan atas gadaian janji sejak dalam kandungan ibu...

masakan tidak???!!
jika manusia ini ingat,jika aku ingat akan janji itu;
tiada aku melakukan maksiat atas bumi...
jika manusia ini ingat,jika aku ingat akan janji itu;
tiada aku mempermain hukum TUHAN...
jika manusia ini ingat,jika aku ingat akan janji itu;
tiada aku bongkak dalam beribadah...
jika manusia ini ingat,jika aku ingat akan janji itu;
tiada aku lalai pikul amanahnya..
jika manusia ini ingat,jika aku ingat akan janji itu;
tiada ayah membunuh anak...
jika manusia ini ingat,jika aku ingat akan janji itu;
tiada ibu membuang anak..
jika manusia ini ingat,jika aku ingat akan janji itu;
tiada anak menindas ayah bonda..
jika manusia ini ingat,jika aku ingat akan janji itu;
tiada pemimpin berlaku zalim..
jika manusia ini ingat,jika aku ingat akan janji itu;
tiada yang kaya menindas yang miskin..
jika manusia ini ingat,jika aku ingat akan janji itu;
AKAN PASTI AMAN TENTERAM DUNIA DIPIJAK..

namun inilah fitrah manusiawi...yang diberi akal tiada mahu berfikir...yang diberi pangkat tiada mahu amanah...yang diberi harta tiada pernah bersyukur...

kalau mula hidup dimulai janji..biar sampai mati janji dibawa...
InsyaALLAh
~kata tersurat~

ends at 10:57:00 PM