kalau boleh jadi seperti binatang itu
yang saat merah dia jadi hitam
yang saat terganggu jadi merah atau biru
yang hanya melaung rasa dengan warna
agar semua tau
dia terancam
dia terbeban
dia TAK SUKA
tapi itu chameleon
itu SESUMPAH
bukan sumpah
yang dimain kata
jangan buang chameleonku
kerana di situ aku simpan rasa aku
di situ aku simpan jiwa aku
di situ aku warnakan hari hari aku
jangan buang chameleonku
kalau tiada mahu
aku jadi kaku
~kata tersurat~